
Empowering Private School Curriculum Through Unique STEM Approach
November 2, 2021
Malaysian values to be at the heart of Malaysia-Qatar International School
March 14, 2022Malaysia sentiasa menjadi pilihan pelajar luar untuk menimba ilmu disebabkan kualiti pendidikan serta nilai-nilai kebudayaan dan keagamaan.
KUALA LUMPUR: GAINS Education Group Sdn Bhd (GAINS) telah bersedia untuk membawa pendidikan asas swasta Malaysia yang merangkumi peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah ke persada antarabangsa.
Pengarah Eksekutif GAINS Zaliza Alias berkata pengalaman dan kualiti pendidikan yang dimiliki pihaknya diyakini mampu menjadi kekuatan untuk menarik minat pelajar luar.
Katanya berdasarkan maklum balas yang diterima pihaknya, Malaysia sentiasa menjadi pilihan pelajar luar untuk menimba ilmu disebabkan kualiti pendidikan serta nilai-nilai kebudayaan dan keagamaan.
“Selain pendidikan di peringkat universiti, sudah tiba masanya Malaysia membawa pendidikan asas ke peringkat antarabangsa untuk kita bawa pelajar luar masuk ke dalam dan untuk kita lebih aktif membawa pendidikan swasta ke luar negara.”
“Pendidikan asas swasta ini juga mampu untuk menjadi komoditi kepada negara. Banyak negara telah berlumba-lumba membawa pendidikan swasta negara sebagai komoditi malah ada yang jadikan pendidikan sebagai komoditi utama negara,” katanya kepada AlHijrah Online.


Zaliza ketika ditemubual AlHijrah Online sedang berada di Dubai bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sempena Minggu Pendidikan di Dubai Expo 2020 yang berlangsung dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022.
Beliau menjadi wakil tunggal Malaysia yang dijemput untuk berkongsi berkenaan pendidikan asas swasta di acara pentas Terra Auditorium Expo Dubai yang dihadiri wakil-wakil dari 192 negara secara virtual dan fizikal.
Dalam Minggu Pendidikan di Dubai itu, Zaliza berkongsi berkenaan kejayaan dalam pelaburan pendidikan sekolah swasta dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
GAINS penerima tiga anugerah antarabangsa pendidikan mempunyai 74 cawangan dan francais prasekolah Genius Aulad di Malaysia dan Indonesia, Sekolah Antarabangsa IDRISSI dan Sekolah TINTA.
Terbaru, Sekolah Antarabangsa IDRISSI telah dibuka di EDUCITY Iskandar Puteri Johor dengan kemudahan asrama ekskusif, selain kampus pertamanya di Setia Alam.
Manakala Sekolah TINTA yang merupakan model sekolah yang berkonsepkan pembelajaran STEM telah juga membuka segmen Sekolah Menengah di kampusnya di Glenmarie Shah Alam.
GAINS mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan swasta. – AlHijrah Online