
Anugerah Francais Genius Aulad 2024 Iktiraf Francaisi Cemerlang
April 30, 2024
Pupuk Bakat Kanak-kanak dalam Bidang Seni – Genius Aulad Jadi Pilihan Stesen Televisyen
April 30, 2024CYBERJAYA – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menggalakkan lebih ramai usahawan francais untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka khususnya dalam sektor pendidikan.
Ketua Bahagian Pembangunan Francais, Pernas, Mazlan Ibrahim berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada tahun ini memperuntukkan RM50 juta bagi memperkasakan usahawan francais menerusi pelbagai skim pembiayaan di bawah Pernas.
“Semua perniagaan harus ada USP (Unit Selling Proposition) yang berbeza daripada perniagaan lain. Pernas bersama Genius Aulad kami bantu mereka untuk jadikan perniagaan mereka lebih sistematik,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Anugerah Francais Genius Aulad 2024 di sini baru-baru ini.

Tambah Mazlan, beliau memuji Genius Aulad atas komitmennya terhadap kecemerlangan dan menyatakan keyakinan terhadap usaha francais masa depan.
“Sebagai wakil Pernas, saya gembira melihat kejayaan Genius Aulad dalam industri francais. Pernas, menyokong penuh inisiatif seperti Genius Aulad, dan kami berharap pencapaian mereka menjadi motivasi kepada francais lain untuk mengikutinya,” katanya.
Sementara itu, Pengasas Genius Aulad, Zaliza Alias berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian rangkaian francais itu yang komited menyediakan pendidikan berkualiti dan memupuk minda muda untuk mencapai potensi penuh mereka.

“Anugerah Francais Genius Aulad 2024 adalah bukti dedikasi dan kerja keras rakan kongsi francais kami. Kami berbangga dengan sumbangan mereka dan berharap untuk mencapai kejayaan yang lebih besar bersama-sama.
“Ia mengukuhkan misi organisasi untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan mewujudkan impak positif kepada kanak-kanak dan golongan muda,” ujarnya.
Zaliza berkata, Genius Aulad menyasarkan untuk mengembangkan rangkaian francaisnya ke seluruh negara, dengan tumpuan khusus di wilayah Pantai Timur.
“Rancangan juga sedang dijalankan untuk meneroka peluang pengembangan antarabangsa di Indonesia dan rantau Timur Tengah,” jelasnya.
Source: Malaysia Tribune